Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam
tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit lain seperti
gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.
Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di
Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat
berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen
tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki
paru-paru.
Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang
terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel kanser di
dalam tubuh manusia.
“Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu,
habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida.
“Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa
tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak
mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.
“Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus
masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin
dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser
paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini
semalam.
Sumber: KOSMO
Sumber: KOSMO
Post a Comment