Lokasi Homestay Kesidang Lia Bandar Melaka

Homestay Kesidang di Bandar Melaka

Homestay di Bandar Melaka


163B, Jalan Kesidang 2/13, Taman Kesidang Seksyen 2, 75250 Melaka

https://maps.app.goo.gl/gRXZphX5SiWbVKXw8

Kalau anda melalui lebuhraya utara selatan sebaiknya anda keluar di tol Ayer Keroh.

1   Selepas keluar tol, jalan terus kira-kira 9.5 km akan jumpa simpang 4 berlampu isyarat iaitu lampu isyarat ke 9. Sebelah kanan Peringgit Point dan sebelah kiri Taman Perumahan

2   Belok kiri ke Jalan Mufti Haji Khalil dan jalan terus kira-kira 1.2 km jumpa simpang 4 ambil jalan paling kanan dan jumpa traffic light. Belok kanan dan ikut tunjuk arah ke Alor Gajah/ Tampin.

3   Kira-kira 2 km jumpa simpang 4 berlampu isyarat di kanan Melaka Sentral dan di kiri Taman Peringgit Jaya, teruskan perjalanan

4   Kira-kira 500 meter jumpa simpang 4 dan teruskan perjalanan dan ambil lorong paling kiri untuk ke Lorong Pandan/ Tengkera

5   Jumpa simpang 3 belok kiri untuk ke Tengkera/Lorong pandan.

6   Teruskan pemanduan kira-kira 700 meter jumpa simpang 4 berlampu isyarat. Teruskan memandu dan ikut jalan Kesidang 2/17 hingga jumpa Jalan Kesidang 2/17A belok kanan. Kira-kira 800 meter jumpa jalan Kesidang 2/13 sebelah kanan anda dan belok ke kanan. Homestay kira-kira 150 meter di sebelah kiri anda.

Maklumat Kawasan

Homestay Kesidang terletak di Melaka, Malaysia boleh dijumpai  dalam bandar Melaka. Anda akan bеrada dekat dengan pusat bandar аnd tarikan utama pelancong seperti River Cruise Melaka dan Pirate Park, Villa Sentosa, Kampong Morten, Kampong chetty, Bandar Hilir, A Famosa, Studthuys, Menara Taming Sari. Muzium serta banyak lagi tempat menarik apabila menginap di homestay kami. Homestay kami hanya kira-kira 19 km dari Plaza Tol Ayer Keroh. Ayer Keroh terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur dan satu jam dari Seremban. Kalau anda dari Johor Bahru pula jarak perjalanan kira-kira 2 jam setengah sahaja.

 

Google Map:




Post a Comment