Memandangkan Pelancongan Sukan boleh memberi pulangan yang besar kepada negeri Melaka maka satu stadium yang bertaraf antarabangsa didirikan untuk menampung keperluan sektor ini. Stadium Hang Jebat yang siap dibina pada September 2004 dan memulakan operasinya sebaik sahaja siap sepenuhnya. Stadium Hang Jebat merupakan venue utama dalam Kompleks Sukan Hang Jebat dan juga atara yang tercanggih antara venue-venue sukan yang terdapat di negeri ini. Dengan jarak 10km dari susur keluar Tol Ayer Keroh dan 13km dari pusat bandar, lokasi Stadium Hang Jebat agak strategik kerana laluan ke stadium ini yang tidak sibuk memudahkan pengujung untuk datang ke stadium ini dengan mudah. Dengan keluasan enam ekar, Stadium Hang Jebat boleh menampung 40,000 orang pada satu-satu masa.
Spesifikasi yang jitu bertaraf antarabangsa, kemudahan trek yang mendapat pengiktirafan dunia dan penggunaan teknologi moden adalah sesuai untuk penganjuran acara-acara olahraga dan bola sepak yang terkemuka. Stadium Hang Jebat menawarkan pelbagai prasarana sukan dan juga kemudahan lain termasuk ruang pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kemudahan sukan rekreasi juga disediakan di sini seperti trek Lumba Motosikal Mini, trek Lumba ‘Sprint Test’, trek ‘Drift’ pan pelbagai lagi.
Pusat Akuatik Hang Jebat terletak dalam Kompleks Sukan Hang
Jebat. Berkapasiti 2000 orang dalam satu
masa, dan telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan Federation
Internationale de Natation (FINA).
Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik Hang Jebat
seperti dua buah kolam renang (renang dan terjun), bilik persalinan, bilik
rawatan, bilik hakim, bilik marshall, bilik media, bilik kawalan pertandingan,
bilik sekretariat, bilik mesyuarat, surau, bilik VIP, pentas VIP, bilik ujian
dadah, bilik pengurus pertandingan, kafeteria dan tempat meletak kenderaan yang
selesa.
Pusat Ekuestrian Hang Jebat terletak di dalam Kompleks Sukan
Hang Jebat mempunyai kapasiti 250
penonton pada satu-satu masa, pusat dan mampu membantu sukan berkuda di negeri
ini untuk terus maju.
Kemudahan-kemudahan
yang disediakan di pusat ini meliputi kemudahan tempat letak kenderaan yang
selesa, kandang kuda (tetap dan sementara), ruang pengadil, bilik pengadil,
kaunter tiket, tempat pembersihan kuda, stor-stor utiliti, bilik VIP, surau,
bilik persalinan, bilik media, bilik rawatan, bilik mesyuarat, pejabat
pengurusan dan bilik sekretariat. Untuk kemudahan pertandingan, satu Riding
Arena, kawasan pemanas badan dan juga pentas VIP disediakan.
Pusat Squash Hang Jebat juga terletak di dalam Kompleks
Sukan Hang Jebat mempunyai 10 buah
gelanggang yang selesa, dan mampu menampung 600 penonton pada satu-satu masa.
Post a Comment