Header Ads


Tempat menarik untuk di kunjungi di Bandar Hilir

Bandar Hilir terkenal dengan warisan sejarah peninggalan penjajah dan juga tempat membeli belah. Untuk ke bandar Hilir sejauh lebih kurang 10.8 km, mengambil masa kira-kira 17 min perjalanan dari homestay dPuncak menuju Bandar Hilir, Melaka. Dri Homestay Kesidang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit iaitu sejauh lebih kurang 6 km. 

Antara tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan di bandar Hilir ialah:


Menara Taming Sari 

Merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Dari atas menara ini anda boleh saksikan pelbagai pemandangan menarik dan bersejarah di Melaka daripada ketinggian 80 meter. Dengan pemandangan indah Selat Melaka yang luas terbentang serta pembangunan pesat di Melaka, yakinlah bahawa lawatan ini akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupakan. 

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka telah dibuka pada 18 April 2008. Menara tinjau setinggi 110 meter ini telah direkabentuk berdasarkan pada legenda Keris Taming Sari. 


Ia akan menjadi menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur berputar sepenuhnya. Kabin tinjau yang dilengkapi penghawa dingin ini mampu memuatkan 66 pelawat pada satu masa. 


Photo used under Creative Commons from Cofiem

Muzium Samudera

Adalah antara tempat menarik yang terdapat di Bandar Hilir terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. 



Tempat Menarik di Melaka
Muzium Samudera Bandar Hilir

Museum ini dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama museum ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. 
Dengan muatan yang penuh dengan barang-barang berharga diambil dari Melaka, kapal itu tenggelam dan kekal di situ sehinggalah usaha mencari harta warisan Melaka dilaksanakan. 

Di museum ini pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kemasyhuran kesultanan Melaka pada kurun ke-14 hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Terdapat juga pameran kapal-kapal asing yang pernah berlabuh di Melaka sewaktu zaman kemakmurannya. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.  



No comments