Header Ads


Homsetay Kesidang Melaka


#Homsetay Kesidang Melaka dibuka pada tahun 2012, homestay Kesidang terdiri dari 3 buah homestay di mana 2 buah terletak di Bandar Melaka dan sebuah lagi terletak di Bukit Katil, dekat Ayer Keroh.

Homestay di Bandar Melaka terdiri dari Kesidang Lia Homestay dan Kesidang Moon yang terletak di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampong Lapan Melaka. Homestay di Bukit Katil ialah Homestay dPuncak dan ianya terletak di Taman Puncak, Bukit Katil.

Homestay Kesidang merupakan tempat yang ideal untuk menginap bagi pengunjung dan pelancong yang datang ke Melaka. Homestay ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, dan membolehkan anda untuk berbuat demikian dengan selesa serta tidur nyenyak. Bilik yang amat selesa, dan luas, juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang praktikal, seperti air cond, air botol percuma, kemudahan sterika, TV, kemudahan memasak dan membasuh serta teh dan kopi.


Dalam persekitaran yang tenang di dalam kawasan kejiranan Melayu, Homestay Kesidang dan Homestay dPuncak memberikan perkhidmatan yang mesra dan persekitaran yang tenang kombinasi sempurna yang akan membuatkan lawatan anda ke Melaka menjadi lebih mengesankan.

Homestay di Melaka



Homestay Kesidang Melaka terletak lebih kurang 19 kilometer dari Ayer Keroh Tol Plaza, berhampiran dengan banyak tempat-tempat menarik seperti River Cruise, Pirate Park, Bandar Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Masjid Kg. Hulu, Melaka Sentral, Kg. Morten, Kg. Chetty, UiTM #BandarMelaka, UTEM City Campus, Hospital Besar Melaka dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong.


Homestay dPuncak, Bukit Katil pula lebih kurang 9 km dari Tol Ayer Keroh, juga berhampiran banyak tempat-tempat menarik di Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Hanya kira-kira 5 km dari MITC, Planetarium, Melaka Wonderland, Taman Buaya, Zoo Negara, Menara Persekutuan, Melaka International Bowling Centre, Wisma Persekutuan, Wisma Negeri, Sri Negeri, Kompleks KDN, Taman Seribu Bunga, Taman Botanikal dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Homestay dPuncak hanya kira-kira 2 km dari JPJ, Dewan Tun Ali, Masjid Saidina Ali, dan di sebelah Homestay ini terletak Institut Latihan Perindustrian, Bukit Katil.

Kedudukan homestay ini yang berdekatan dengan Bandar Melaka, menjadikannya penginapan yang sempurna dan sesuai untuk pelancong dan pengunjung berehat setelah penat seharian melawat tempat-tempat menarik yang begitu banyak di Bandar Melaka mahupun #AyerKeroh.

Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan monumen, juga bernilai lawatan berhampiran Homestay Kesidang. Di samping itu, suasana homestay yang luas dan sangat selesa amat sesuai untuk merehatkan badan dari kepenatan.

Tempahan:

klik di sini untuk tempahan

Alamat:

Homestay Kesidang
163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2
75200 Melaka

Homestay dPuncak, Bukit Katil
No. 35, Jalan Puncak 1, Taman Puncak
Bukit Katil, 75450
Melaka

Hubungi: Muhalith (017-9527363)
Jamaliah di tel/whatsapp - 017-6737363

Email: muhalith@gmail.com

Facebook: http://facebook.com/homestaykesidang

Google Comunities: Homestay Kesidang

Harga:

RM200.00 untuk homestay Kesidang Lia
RM250.00 untuk Homestay Kesidang Moon
RM170.00 untuk Homestay dPuncak, Bukit Katil

Deposit:

DEPOSIT* : RM50.00 untuk booking tarikh.
BAKI : Dijelaskan ketika CHECK IN

* Pelanggan yang telah booking tarikh adalah tertakluk dalam konsep Syariah "Hamish al-Jiddiyah" (هامش الجدية). Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit dikira hangus. Sebarang pertukaran tarikh tertakluk kepada kekosongan.

* Harap maklum bahawa anda hanya dikira booking sekiranya telah membuat deposit. Tanpa deposit, booking anda hanya dikira sebagai pertanyaan.


No comments